Skip to content Skip to footer

TENTANG

Global Civility logo

Kempen bagi Global Civility telah diasaskan pada tahun 2005 oleh dermawan Muslim terkenal, Shaykh Faizul Aqtab Siddiqi, yang merupakan barisan hadapan dalam memberikan tindak balas intelektual terhadap tohmahan ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW dalam sesetengah media Barat, sambil mempengaruhi 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia supaya bertindak dengan waras. Memfokuskan kepada dialog secara aman dan berbanding konfrontasi, Kempen ini direka untuk mewujudkan titik persamaan di antara sudut pandang yang berbeza. Kempen ini mempertahankan kebebasan bersuara sebagai hak dan keistimewaan, sambil menghormati kesucian bagi kepercayaan yang dianuti oleh orang lain.

Kempen Global Civility berusaha untuk menyalurkan apa yang boleh menjadi bara api kemarahan dan kekecewaan ke dalam bentuk sesi dialog membina yang menekankan keperluan untuk perpaduan sosial serta menghormati kepercayaan dan pandangan orang lain. Dengan berbuat demikian, Kempen mengutarakan tentang keperluan untuk menahan diri dan kebertanggungjawaban sebagai asas untuk tidak bersetuju secara bersetuju sebagai asas untuk interaksi dan tingkah laku sivil.

Kini Kempen ini telah menjadi inisiatif global, menjemput sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang mahupun warna kulit, untuk menjadi sebahagian daripada gerakan penting untuk melakukan perubahan. Dengan meningkatnya kesedaran terhadap Kempen ini, ia mendapat sokongan dari seluruh pelusuk dunia, di kalangan pemimpin tempatan, negara dan antarabangsa, serta di kalangan mereka yang mempertahankan hak asasi manusia untuk bercakap secara bebas sambil mengingatkan semua agar menjaga peradaban apabila berbuat demikian.

DEKLARASI TELAH DITANDATANGANI
156705